Permohonan kursus dalam talian
Bagi mempelbagaikan kaedah penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan, INTAN telah menyediakan kemudahan di mana penjawat awam boleh memohon kursus secara dalam talian. Kemudahan ini bukan saja dapat memudahkan proses permohonan kursus tetapi juga telah menggalakkan lebih ramai lagi penjawat awam untuk mengikuti kursus di INTAN.
Apakah kebaikannya?
- Tidak memerlukan pengisian borang dan tanda tangan ketua jabatan.
- Penjimatan kertas serta tidak melibatkan kos penghantaran permohonan.
- Ketua Jabatan akan dimaklumkan menerusi e-mel jika pegawai di bawah seliaannya ada membuat permohonan secara dalam talian.
- Mengurangkan tugas memasukkan permohonan kursus oleh Setiausaha kursus.
- Maklumat peserta lebih tepat kerana diisi sendiri oleh peserta.




